Monday, February 19, 2007

booobs


malu maluan..

Sabahan1

Sabahan2

baby record..

candid


Viva La UMNO

PM said Trade Melebihi rm 1 trillion... so what??

"PM telah mendabik dada berkali kali di dalam TV , media dan ucapan tentang trading melebehi RM 1 Triliion. Saya mengatakan SO WHAT?.. Adakah ini memberi apa apa manafaat pada rakyat. Jawabnya tidak. Kerajaan Dollah Badawi adalah kerajaan yang paling pekak dengan kesusahan rakyat bermula dari rintihan keluarga ISA , kepada kenaikan harga minyak , tarif eletrik , tidak membawa perasuah ke keadilan , TOL dan gagal menaikkan gaji kaki tangan kerajaan.

Itulah lah hakikatnya. Apa yang hendak di banggakan kalau semua services yang patut di beri percuma saperti jalan raya dan pendidikan di bebankan kepada rakyat dan kerajaan bermegah dengan trading billion ringgit. Sebenarnya kerajaan Dollah Badawi sekarang sedang mengamalkan kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang tidak mahu sedikit pun menolong rakyat meringakan bebenan hidup.

Sekarang cuba lihat apa kah sumbangan kerajaan untuk meringankan bebanan rakyat. Jalan raya kena bayar, pendidikan kena bayar, semua aktiviti kerajaan di swasta .ini bermakna kerajaan tidak mahu pening kepala langsung untuk meringankan bebanan hidup rakyat.

Disamping melarikan diri dari tanggunjawab menolong rakyat , kerajaan juga menekan rakyat dari kebebasan akbar , media , pendidikan dan memberi pendapat. Tang paling jahat lagi ialah menggunakan SPR untuk terus menipu dalam pilihanraya , jentera penting yang boleh di manipulasi untuk memenangkan pilihanraya.

So the trading is rm 1 billion , our reply is SO WHAT. ? Pendapatan yang banyak biasanya akan memenuhi gedung duit kerajaan tetapi kerajaan adalah yang paling kedekut untuk menaikkan gaji pekerja mereka iaitu kakitangan kerajaaan yang hidup di ambang kemiskinan. Apakah RM 1 b kalau semua itu akan di bahagi kepada si keparat pencuri duit kerajaan melalui projek dan penyelewengan. Apakah rm 1 billion kalau biasiswa telah menjadi hutang sepanjang hidup. Apa kah i billion kalau bangsa sendiri merempat dan tidak mempunyai pekerjaan. Apakah 2 biliion kalau pemimpin di atas semua nya tuli dan pekak." Viva La UMNO...

Benarkah rakyat selesa atau Abdullah buat-buat lupa?

Indikasi apakah yang meletakkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi gembira dengan keadaan negara kini?

Apakah sekadar mengungkapkan kehidupan rakyat Malaysia kini dalan suasana yang selesa dan menjalani kehidupan keluarga yang bahagia mampu untuk dijadikan sebagai suapan manis untuk didengari kepada seluruh rakyat negara ini?

Dan apakah tanpa mahu menamakan sumber kajian dan penyelidikan adalah asas kukuh untuk memahatkan bahawa Malaysia kini dalam landasan yang cemerlang sebagai sebuah negara yang maju?

Permainan indeks keselesaan keluarga dan kebahagiaan keluarga (laporan Malaysiakini) yang menjadi ungkapan bibir pemimpin perdana ini bukan boleh menjadi acuan yang membentuk tanggapan umum betapa rakyat di negara ini sudah boleh meraup udara keselesaan dengan segala permasalahan yang masih menunjangi di sekitar kita.

Dan seperkara, ukuran kejayaan ekonomi dengan meletakkan pelaburan luar dan dalam negara sehingga mencecah lebih RM40 bilion bukanlah satu jangkaan bijak untuk digembar-gemburkan malah berpesta bahawa Malaysia sudah mampu mendabik dada sebagai sebuah negara yang maju dan ekonominya makin kukuh.

Mungkin, Perdana Menteri kita lupa atau melupakan, malah buat-buat lupa betapa di kalangan lebih 23 juta rakyat negara ini, majoritinya masih mengikat perut, bersengkang mata mencari rezeki.

Jika ditinjau di setiap negeri, purata penduduk di negara ini masih hidup dalam kepayahan. Lupakanlah Presint-presint yang wujud di sekitar Putrajaya, lupakanlah perumahan elit di Taman Tun Dr Ismail, Damansara, Bangsar, Bukit Tunku dan segala kondo-kondo yang berceracak tinggi di sekitar Kuala Lumpur.

Sebaliknya, lihat perumahan 'mewah'rakyat terpinggir di sekitar pinggiran Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan rumah papan yang menunggu masa untuk menyembah bumi dan kemudahan asas yang masih jauh ketinggalan.

Ini belum lagi dengan sektor perniagaan, berapa kerat rakyat negara ini mampu menyewa malah membeli blok-blok perniagaan sama ada lot kedai ataupun memiliki perusahaan sendiri di tengah-tengah bandar.

Di manakah letaknya majoriti peniaga dan pengusaha di kalangan rakyat negara ini? Jika kita berkelapangan, lawatlah sejenak di sekitar bangunan kemegahan negara, carilah pengusaha melayu di dalam KLCC dan congaklah berapa ramai bilangan mereka jika dibandingkan dengan pengusaha asing.

Yang mampu kita temui, majoriti hanyalah terdiri di kalangan pekerja bawahan. Pemiliknya?

Apa yang ingin dinyatakan di sini adalah, masih banyak yang perlu dilakukan oleh para pemimpin negara ini. Janganlah begitu mudah untuk menerima begitu mudah sebarang perangkaan daripada mana-mana pihak tanpa membuat penelitian. Dan janganlah pula mudah untuk menggulakan rakyat Malaysia dengan angka-angka yang bersifat palitan kosmetik semata.

Sudah sampai masanya, kita secara bersama bergerak membina dan mengukuhkan secara menyeluruh negara ini. Pemimpin perlulah lebih bijak dan bukan semata-mata mengeluarkan kenyataan yang membuta tuli sahaja. Pandang-pandanglah, lihat-lihatlah di sekitar kita.

Masih banyak, malah masih ramai di kalangan rakyat yang terseksa hidup mereka. Masih ramai yang bekerja dua atau tiga pekerjaan untuk menampung kos hidup ketika ini. Dan masih ramai juga yang menadah tangan mengharapkan simpati.