Saturday, February 10, 2007

Handphone ku

Yum yum yum

innocent babes

yum yum yum

Rakyat merintih

Kritikan orang ramai kepada PakBodolah boleh didengar di mana-mana, dan kritikan itu tentunya merupakan fenomena yang datang secara natural kerana keresahan rakyat adalah ‘real’.

Kelemahannya sebagai pemimpin sudah terlalu jelas hinggakan banyak tindakannya menyolok mata dan cakap-cakapnya memedihkan telinga.

Kita tidak payah lagi memberikan butiran tentang kelemahannya kerana rakyat ramai sudah penat bercerita dan berbincang tentang salahlaku Pak Lah dalam mentadbir negara kita.

Dia bercakap seolah-olah semua orang di negara ini bodoh, buta dan tuli.
Sekarang sudah sampai ke peringkat yang boleh menjahanamkan parti dan negara kita.

Setakat ini kita belum lagi mendengar sesiapa pun yang memuji kepimpinannya kecuali kumpulan yang mendapat habuan lumayan dan kumpulan yang menjadi penasihatnya.

Pergilah ke kedai kopi, ke pejabat-pejabat kerajaan dan swasta, ke kelab-kelab golf, ke surau-surau dan di mana-mana juga manusia mengkritiknya.

Oleh kerana kelemahannya kita khuatir UMNO dan BN akan menghadapi jalan sukar untuk mendapat sokongan besar dalam pilihanraya yang akan datang.

Sekarang sampailah masanya Pak Bodolah berfikir semasak-masaknya tentang masa depan negara, kalau benarlah beliau sayangkan negara yang bertuah ini.

Tulisan ini mungkin menyinggung perasaan beliau dan keluarga beliau tetapi kita amat sayangkan negara ini.

Kita semua tidak ada tempat nak pergi selain dari bumi dan langit di Malaysia ini, kerana kami tidak ada rumah di Perth, London dan di mana-mana jika ada apa-apa yang berlaku kepada negara kita.

Kalaulah beliau sudah menyingkap rahsia Al Ghazali dan As Shafie tentu beliau tahu yang beliau tidak boleh membawa negara kita ke mana-mana.
Kalau beliau sudah bertemu dengan rahsia Al Quran tentu beliau tidak ada masalah untuk meletakkan jawatan dan serahkan kepada rakyat untuk mencari ganti.

Kepada pemimpin-pemimpin yang berada dalam Majlis Tertinggi, dalam kabinet serta di Bahagian-bahagian, tolonglah fikirkan tentang nasib kami semua di bawah ini.
Berpakat dan terbiahkanlah masalah yang kita hadapi pada hari ini.

Yang lebih baik PM sendiri perlulah ikhlas dan buatlah introspeksi terhadap dirinya sendiri. Kalaulah beliau di pihak yang benar, masa kan di mana-mana rakyat mengkritiknya.

Jangan berkecil hati dengan apa yang orang ramai kritik, kerana mereka juga ada hak untuk hidup dalam keadaan yang selesa.
Tiada siapa yang suka mengkritik pemimpin sesuka hati.

Mereka mengkritik kerana mereka kecewa dan hampa dan sudah tertanam perasaan tidak yakin kepada kepimpinannya.

Maklumlah, rakyat telah memberikan mandat yang begitu besar dalam pilihanraya dulu untuk membawa kita ke destinasi kepimpinan yang lebih baik dan seterusnya mendapat pembelaan darinya.

Kepada Tun Mahathir, Tengku Razaleigh, Najib, dan Abdullah sendiri serta pemimpin-pemimpin yang berpengalaman, tolonglah duduk semeja untuk menjaga hati rakyat yang gundah-gulana ini.

Janganlah duduk bersimpuh dan berpeluk tubuh sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Kesiankanlah rakyat, kesiankanlah negara dan fikirkanlah nasib anak cucu kami.

Mungkin anak cucu tuan tuan semua sudah terjamin kehidupan mereka, tetapi cucu-cucu kami belum tentu lagi

Kalaulah tuan-tuan tidak mampu, berikanlah tanggungjawab itu kepada kami untuk memimpin.
Inilah rintihan rakyat yang rata-rata susah pada hari ini.
Viva La UMNO...

ZzZzZzzzz...

coming soon near you...dont miz it.

Viva La UMNO...