Sunday, May 6, 2007

Malaysia: 12 General Elections is here!

By the looks of it, general elections are around the corner. Cikgu-cikgu out there, check and see if your schools have received a copy of this letter.

The letter is addressed to all principles informing them about the 12 GE, which is coming very soon.

It says the Election Commission has identified schools for polling stations. Election officers have also been appointed. The Education department has also approved for the schools to be used for the elections.
----------------------------------------------------------------------------------------
CEMERLANG DI KALANGAN YANG CEMERLANG”
(Sila catatkan no. rujukan Jabatan ini apabila berurusan)
JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
PERSIARAN DUTA, OFF JALAN DUTA,
50604 KUALA LUMPUR.
Tel : 03-6203 7777
Fax : 03-6203 7788
Ruj. Kami : JP** $$-$$-07(**)
Tarikh : 3 Mei 2007
Semua Pengetua / Guru Besar
SMK/SK/SJK (c)/SJK (T)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Y. Bhg. Datin/Tuan / Puan,
a. Penggunaan sekolah sebagai Pusat Pengundian Bagi Plilhan Raya Umum Ke 12
b. Pelantikan Guru-Guru dan Kakitangan sekolah sebagai petugas – petugas Pilihan Raya Umum Ke 12
Dengan hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.
2. Seperti yang kita sedia maklum, Pilihan Raya Umum Ke 12 akan diadakan dalam masa yang terdekat ini. Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengenalpasti sekolah – sekolah berkenaan untuk dijadikan pusat mengundi. Pegawai – pegawai pengurusan pilihan raya juga telah dilantik untuk melaksanakan urusan pilihan raya bagi kawasan – kawasan Pilihan raya Parlimen berkenaan. Pegawai – pegawai pengurus berkenaan juga dikehendaki melantik beberapa petugas pilihan raya seperti Ketua Tempat Mengundi dan kerani tempat mengundi. Lantikan ini akan dibuat dari kalangan guru dan kakitangan sekolah.
3. Justeru itu pihak Jabatan member kebenaran pengunaan bangunan sekolah sebagai pusat mengundi dan perlantikan guru dan kakitangan sekolah sebagai petugas – petugas Pilihan raya Umum yang akan dating.
4. Kerjasama Y. Bhg Datin/Tuan/Puan amat kami hargai dan diucapkan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah
( ***************)
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
b.p Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran ******** *******
Salinan:
a. Semua Ketua Sektor, ****
b. Semua Ketua Unit, ****

No comments: