Tuesday, March 20, 2007

Kerana Ia di Kelatan

Kerajaan 'Double Standard' iktiraf pelajar terbaik SPM
Sikap kerajaan yang tidak mahu mengiktiraf pelajar dari Kelantan sebagai pelajar terbaik membuktikan Islam Hadhari yang dipraktikkan oleh kerajaan tidak dapat direalisasikan, tegas Senator Mumtaz Mat Nawi.

Menurut beliau lagi, tindakan tidak mengiktiraf pelajar terbaik SPM dari Kelantan tersebut menunjukkan kerajaan juga tidak mengiktiraf pemeriksa dan kementerian yang menganjurkan peperiksaan tersebut sedangkan pelajar tersebut juga menggunakan silibus atau kurikulum pendidikan seperti mana pelajar di sekolah kerajaan lain yang juga diperiksa oleh pemeriksa-pemeriksa kerajaan kerana ia mengikuti skima pelajaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Mumtaz mendakwa, "kerajaan telah mengamalkan 'double standard' dan ini sekaligus membuktikan sikapnya yang tidak matang dalam mempromosikan serta mengiktiraf kecemerlangan pihak tertentu sedangkan semua pihak perlu mendapat layanan yang sama rata seperti yang dianjurkan Islam.

"Islam tidak mengiktiraf sesuatu itu berdasarkan kaum atau kelompok kerana Islam itu bersifat universal, dan jika sekiranya yang cemerlang itu bukan Islam maka kita harus juga mengiktirafnya," jelas beliau dengan panjang lebar.

Beliau juga turut mengulas, tindakan kerajaan yang dilihat agak melatah apabila mengumumkan agar tidak perlu ada pelajar terbaik merupakan suatu escapisme tidak munasabah, kerana dalam apa-apa jua keadaan pasti ada yang terbaik, atau sistem kualiti sepertimana firman Allah dalam ayat 1 surah al-mukminun, "maka berjayalah orang-orang mukmin," dan dalam surah al-hujurat, "orang yang paling mulia di sisiKu adalah yang paling bertaqwa."

"Ini membuktikan ada sistem kualiti yang dianjurkan dalam Islam, ada pengiktirafan kepada usaha yang dijalankan, dan ia merupakan satu motivasi untuk menambah baik atau meningkatkan kualiti usaha mereka," ujar Mumtaz.

Menurut beliau, isu pendidikan ini telah dipolitikkan kerana tidak spatutnya pelajar yang cemerlang ini diberi layanan sebegitu rupa.

Beliau menyarankan agar tiada pihak yang bersikap menyampingkan kecemerlangan pencapaian mereka semata-mata kerana mereka merupakan pelajar di sekolah negeri yang diperintah oleh parti bukan kerajaan.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui ketika majlis istiadat pembukaan Sidang Parlimen Penggal Keempat oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pagi tadi.

Sebelum ini, pelajar Maahad Muhammadi Perempuan mencatat sejarah apabila seorang pelajarnya mendapat 18A (17 1A dan 1 2A) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.

Siti Fatimah Mukhtar mengulangi pencapaian yang diperolehi Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor yang berjaya mencatat 17 1A dalam peperiksaan SPM 2005.

Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Haji Ahmad Mahmood dalam kenyataannya berkata, dua lagi pelajar cemerlang dari sekolah yang sama iaitu Nur Atikah Mahassan mendapat 15 1A, 2 2A dan Mardhatinajwa Abdullah (12 1A, 5 2A).

“Selain itu seramai tiga pelajar mendapat 15A, seorang mendapat (14 A) dan tujuh pelajar (13A) dari sekolah Yik yang menduduk peperiksaan SPM tahun lepas. Ini mengggambarkan sekolah agama mampu mengekalkan prestasi cemerlang,” katanya di sini.

Menurutnya seramai 4,133 pelajar iaitu 2,956 orang dari sekolah Menengah Ugama (Arab) Kerajaan dan 1,177 pelajar dari sekolah Menengah Ugama Arab Bantuan menduduki itu tahun lalu.

Prestasi sekolah kerajaan meningkat tahun lepas apabila seramai 2,927 pelajar (99.02 peratus) layak mendapat sijil, manakala sekolah bantuan pula 1,127 calon (95.75 peratus) layak memperolehi sijil.

Prestasi keseluruhan sekolah Yik ialah 98.09 peratus berbanding 98.38 peratus tahun sebelumnya.
Viva La UMNO

No comments: