Monday, March 5, 2007

Johari nafi terima rasuah bebas penjenayah...

TERBARU: Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Johari Baharom Ahad mengakui beliau ada meluluskan pembebasan 31 dari 48 orang yang dihantar ke Pusat tahanan Simpang Renggam di Johor.Beliau bagaimanapun menafikan akan menerima rasuah seperti yang didakwa sebanyak RM5 juta untuk membebaskan mereka dibawah Ordinan Darurat.Bercakap kepada para wartawan di Jitra beliau berkata mereka dibebaskan kerana polis gagal menyiasat kes-kes berkenaan dengan sempurna dan kurangnya bukti untuk menahan mereka.

No comments: