Wednesday, February 21, 2007

Peniaga failkan semula saman terhadap Exco dan Adun Batu Talam

TEMERLOH 21 Feb - Seorang ahli perniagaan, Razali Hassan 47, memfailkan semula saman yang membabitkan seorang anggota Exco Kerajaan Pahang, iaitu Dato' Shahiruddin Ab Moin, Adun Batu Talam, Abdul Aziz Mat Kiram dan serta lima yang lain di Mahkamah Tinggi Temerloh pagi ini.

Pada 29 Disember 2006, Razali memfailkan kes sama terhadap defenden-defenden terbabit tetapi menarik balik samanya pada 19 Januari berikutan pilihan raya kecil Dewan Undanga Negeri (Dun) Batu Talam pada 28 Januari.lalu.

Lain-lain defenden ialah, Corelface Sdn Bhd, Dato Ir Haji Azinudin Abd Rahim, Hajah Asmah Haji Ismail, Ahmad Sabri Hai zainal Abidin dan Yayasan Raub.

Menurut peguamnya, Mohd Haris Abdullah penarikan balik saman pada tarikh tersebut adalah disebabkan salah seorang defenden iaitu Abdul Aziz Mat Kiram 47, dipilih sebagai calon dalam pilihan raya kecil itu dan anak guamnya tidak mahu dilihat sebagai pengacau dalam pilihan raya itu.

"Maka dengan itu pihaknya mengambil keputusan untuk menarik balik kes tersebut," katanya.

Menurutnya dalam samanya hari ini, Razali memohon satu injuksi terhadap defenden pertama ia itu Coralfare Sdn Bhd atau wakilnya dari pada terus mengusahakan projek diatas hak milik diatas tanah H.s (D) 10751 hingga 10797 P.T No 22771 hinga 22817.

Beliau juga memohon satu perintah bahawa perjanjian yang dimeteri diantara defenden pertama dengan kerajaan negeri pahang pada 23 Ogos 2004 sebagai tidak sah dan terbatal dari awal lagi.

Satu perintah bahawa pemberian hakmilik tanah kepada defenden pertama adalah tidak sah.

Beliau juga memohon satu perintah bahawa pengarah Tanah dan Galian Pahang memperbetulkan memorial (rectify the memorials) dengan membatalkan pendaftaran defenden pertama sebagai pemilik hakmilik tanah tanah tersebut.

Razali turut memohon ganti rugi am, khas dan kos yang ditaksirkan oleh penolong pendaftar.

Razali mendakwa beliau mewakili penduduk Raub yang tidak senang dengan tindak tanduk defenden-defenden iaitu pemimpin kanan parti (Umno) dalam isu memajukan tanah tersebut.

Katanya sebagai anak jati yang dilahir, dibesar dan bersekolah di Raub dan ahli seumur hidup Umno beliau terpanggil untuk mendapatkan keadilan di Mahkamah bagi kepentingan rakyat khususnya penduduk Raub.Viva La UMNO...

aedes say:its good what this man do...but what the fuck you do it now!!

No comments: