Saturday, January 27, 2007

Wajah hodoh demokrasi Malaysia di Batu Talam

Semua warga Malaysia sedar bahawa pertandingan politik di Batu Talam bukanlah pertandingan seimbang antara dua parti. Ia umpama pertandingan gajah dengan pelanduk ataupun mentimun dengan durian.

Walaupun hakikat itu diakui BN, tetapi calon bebas yang bertanding terus dibelasah BN tanpa belas kasihan. Pemuda Cina berusia 22 tahun itu mengadu bahawa BN menggunakan peralatan dan jentera kerajaan semasa berkempen. Trak polis dan majlis kerajaan tempatan diperalat untuk memunggah dan membawa peralatan kempen BN termasuk kerusi dan meja ke sana-sini.

Premis-premis milik kerajaan dijadikan seperti harta milik BN dan para pemimpin BN yang datang dari seluruh pelosok negara menggunakan kemudahan kerajaan untuk >berkempen. Bak kata pemuda Cina calon Bebas itu, ia umpama "menggunakan meriam dan pesawat pejuang untuk memusnahkan jentera kempen saya yang seramai tiga orang!"

Memang calon Bebas itu tidak disokong sesiapa. Ada cubaan DAP negeri untuk membantu, kerana bapanya pemimpin DAP tempatan, tetapi tidak dipersetujui pemimpin kebangsaan DAP. Bapa calon Bebas itu meletakkan jawatan dalam DAP kerana terpaksa akur dengan pendirian DAP yang tidak mahu mengambil bahagian di Batu Talam. Akhirnya calon Bebas itu berkempen bersama bapa dan adiknya yang bertindak sebagai jurufoto.

Dalam keadaan calon Bebas itu berkempen tanpa petugas, tanpa bilik gerakan, tanpa poster dan pastinya tanpa rasuah; BN tanpa segan silu menggerak dan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Calon Bebas itu mengadu kepada SPR tetapi SPR yang sememangnya lembek mengaku tidak boleh berbuat apa-apa. Kata SPR, memang ada kod etika melarang penggunaan jentera dan premis kerajaan oleh parti-parti yang bertanding, tetapi itu cumalah kod etika - SPR tiada kuasa undang-undang! Viva La UMNO...

No comments: