Saturday, January 13, 2007

Semua dijemput ke perhimpunan bantah kenaikan tol esok

abungan parti pembangkang, kesatuan pekerja dan Pertubuhan Bukan Kerajaan iaitu Protes Kenaikan Tol akan menganjurkan satu perhimpunan aman membantah kenaikan kadar tol esok ahad, jam 4 petang, di depan Plaza Tol Gombak.

Orang ramai dijemput ke perhimpunan aman itu bagi menunjukkan bantahan terhadap kenaikan kadar tol di lima perhentian tol di sekitar Lembah Klang.

Menurut Setiausaha gabungan berkenaan, Dr Hatta Ramli dalam kenyataan kepada Harakahdailyperhimpunan aman itu diadakan untuk mendesak kerajaan mendedahkan butir-butir perjanjian konsesi lebuh raya dan membatalkan keputusan kenaikan tol serta menubuhkan jawatankuasa pemeriksa kira-kira yang bebas.

"Perhimpunan ini adalah tindakan susulan daripada usaha gabungan yang sebelumnya, iaitu penyerahan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, ceramah umum dan perhimpunan massa di kompleks membeli-belah Sunway Pyramid baru-baru ini,"jelasnya.

Oleh itu, semua lapisan masyarakat dijemput untuk hadir beramai-ramai dalam perhimpunan aman esok. Sebarang pertanyaan mengenai perhimpunan berkenaan, anda boleh berhubung dengan Ginie Lim di talian 012-6693453.

No comments: