Saturday, December 23, 2006

Syabas Sammy Vellu, Malaysia Boleh!

Harga tol akan dinaikkan lagi dan selepas ini tidak mustahil akan jadi mustahil kalau harga barang tidak akan dinaikkan oleh peniaga dengan alasan tol mahal dan mereka perlu menampung kos kerugian.

Selepas ini juga kita akan melihat bagaimana kementerian akan sibuk memantau harga barang dan tidak mustahil tiada tindakan akan dikenakan.

Saya sendiri yang bujang dan mempunyai pendapatan melebihi 9 ribu sebulan seisi keluarga merasakan 'kepedihan' kenaikan harga barang, apalagi keluarga yang berpendapatan cuma 2 ribu sebulan dengan 6 orang anak. Fikirkanlah..