Wednesday, December 27, 2006

Aksi Rosmah, mesra dengan hero Bollywood.


anugerah Filem India Global (GIFA) 2006 pada 9 Disember telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil yang menyaksikan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung festival.

Sejak jam 7.00 malam lagi program dibanjiri limpahan tetamu, dan kehadiran orang ternama negara membayangkan program ini mendapat 'sanjungan' pemimpin yang bernaung di bawah payung Islam Hadhari.

Malangnya saya dikhabarkan rakan bahawa ketika sesi anugerah, isteri orang nombor dua negara yang sememangnya peminat setia 'Bollywood' sempat berlaga pipi dengan aktor kacak Bollywood.

Pada mulanya saya kurang percaya dengan apa yang dikhabarkan rakan saya, namun setelah saya membuka satu blog, saya dapati memang ada gambar isteri TPM dengan aktor Bollywood itu.

Mesranya, inilah pemimpin wanita Islam Hadhari, seolah-olahnya pemimpin-pemimpin Umno sengaja mahu menerapkan budaya tidak baik ini dalam masyarakat. VIVA..LA UMNO

No comments: